MELAKA 17 Okt. – Pengerusi DAP negeri, Datuk Tey Kok Kiew menegaskan, penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang diterimanya pada Sabtu lalu adalah bagi menghormati penghargaan yang diberikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Mohd. Khalil Yaakob. Namun beliau pada yang sama turut menghormati sebarang keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dan bersedia untuk memulangkan darjah berkenaan sekiranya diminta berbuat demikian. Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan…










