Saya bukan ahli silap mata - Mahathir - Utusan Malaysia

Saya bukan ahli silap mata – Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan beliau bukan seorang ahli silap mata yang mampu memastikan negara kembali pulih dalam sekelip mata daripada beban hutang.

Mahathir berkata, beliau juga merupakan seorang manusia biasa dan cuba menyelesaikan masalah melalui proses pemikiran, penetapan dan kadang-kadang cara yang dipilihnya itu tidak bersesuaian namun boleh diperbetulkan. 

Katanya, secara peribadi beliau merasa takut pada harapan rakyat yang beranggapan dirinya mampu melakukan apa sahaja. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya pun macam orang lain juga, kadang-kadang buat silap namun pengalaman dahulu digunakan sebagai sedikit panduan untuk melaksanakan sesuatu tetapi keadaan tidak mengizinkan. 

“Dulu sebelum menjadi kerajaan, kita mendapat gambaran tidak seperti sebenar yang ada sekarang iaitu kerosakan hutang kerajaan tidak disangka iaitu mencecah trilion ringgit. Kalau sangka tiada hendak janji sangat,” katanya semasa program bicara minda bersama beliau di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15 di sini semalam. 

Menurut beliau, semasa pemerintahannya dahulu semua keadaan tersusun dengan hanya membuat keputusan dan jentera kerajaan melakukan apa yang diputuskan dengan kewangan mencukupi. 

Ujarnya, namun kini adalah jauh lebih sukar kerana kerajaan tiada duit. 

“Sehubungan itu, rakyat perlu menerima hakikat bahawa kerajaan tidak mempunyai kewangan yang banyak untuk memberi pelbagai bentuk bantuan seperti dahulu dan bagi saya itu merupakan pergorbanan paling besar dilakukan rakyat. 

“Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dia bagi itu duit curi, nelayan pun dapat gaji, semua orang dapat, semata-mata nak beli sokongan dan terus berkuasa meskipun mengetahui di saat kewangan negara tenat,” jelasnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini