Saravanan Timbalan Presiden MIC baharu - Utusan Malaysia

Saravanan Timbalan Presiden MIC baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Bekas ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, Datuk Seri M. Saravanan diumumkan sebagai Timbalan Presiden parti yang baharu bagi penggal 2018-2021. 

Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah berjaya meraih sebanyak 9,391 undi menewaskan pencabarnya, bekas Pengerusi MIC Perak, Tan Sri M. Ramasamy yang memperoleh 5,270 undi dalam pemilihan parti yang diadakan semalam.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan MIC, Tan Sri G. Rajoo dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat MIC, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Datuk T. Mohan, Datuk C. Sivaraajh dan Datuk T. Murugiah masing-masing turut dipilih sebagai Naib Presiden MIC baharu.

Mohan mendapat sebanyak 9,093 undi, Sivaraajh (6,803 undi) dan Murugiah (5,984 undi) menewaskan tujuh pencabar lain bagi jawatan tersebut.

Selain itu, bagi 21 jawatan CWC pula, Datuk P. Kamalanathan, J. Dhinagaran, S. Kanan, R. Gunaselaan, M. Veeran, Datuk R. S Maniam antara yang terpilih dalam pemilihan parti itu.

Seramai 14,911 ahli daripada 25, 536 ahli yang layak mengundi membabitkan 4,256 cawangan di seluruh negara keluar mengundi bagi memilih kepemimpinan MIC. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN