Samsung POWERstick PRO, pengubah dunia teknologi pembersihan - Utusan Malaysia

Samsung POWERstick PRO, pengubah dunia teknologi pembersihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Bukan sahaja terkenal sebagai pengeluar telefon pintar terkemuka dunia, Samsung turut mencipta nama dengan menghasilkan alat elektrik serba canggih dan moden untuk pengguna sejagat.

Terbaharu, Samsung Malaysia Electronics (SME) memperkenalkan inovasi terkini syarikat tersebut POWERstick PRO iaitu vakum tanpa wayar.   

Dengan adanya vakum tanpa wayar terbaharu itu, selain meringankan beban pengguna terutama suri rumah, alat elektrik pintar berkenaan memudahkan urusan pembersihan rumah khususnya selepas aktiviti memasak yang mengambil waktu serta tenaga berlebihan.

Ketua Perniagaan Elektrik Pengguna, Jimmy Tan berkata, pihaknya sentiasa berusaha memudahkan kehidupan rakyat Malaysia dengan membawa peralatan berinovatif yang dapat memperbaiki konsep gaya hidup pintar.

“Impian kami adalah untuk mentransformasikan kerja-kerja rumah yang tipikal seumpama membersihkan kediaman menjadi sifar berat dan itulah ditawarkan menerusi vakum tanpa wayar ini.

“Vakum tanpa wayar yang baharu ini memainkan peranan sebagai pengubah dunia teknologi pembersihan dan kami juga teruja untuk para pengguna yang kini mampu merasai sendiri satu kaedah baharu cukup efisien dalam urusan mengemas kediaman masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ‘Masak-masak with Samsung Smart Living’ yang berlangsung di Wisma Bentley, Mutiara Damansara di sini hari ini.

v
Jimmy Tan

Pada majlis penuh santai itu, para pengamal media dan tetamu lain diberi peluang untuk menggunakan vakum tanpa wayar berkenaan selepas mengadakan bengkel masakan bersama Cef Abang Brian yang terkenal menerusi program MasterChef Malaysia 2012.

Vakum POWERstick PRO yang beroperasi dengan kuasa Samsung motor digital pembalik itu mampu berputar pada kadar kelajuan 5,000 rpm dan boleh menjamin kerja pembersihan dapat dilakukan lebih efisien bagi semua jenis lantai.

Alat elektrik pintar yang memiliki ciri kuasa sedutan lebih daripada 150W itu boleh menyedut habuk dan kekotoran dengan penuh cekap.

Ia juga mempunyai jenis bateri Li-Ion berkapasiti 0.35L bervoltan 32.4V dan boleh dicas semula dalam tempoh masa 270 minit jika habis penggunaan baterinya.

q
Bengkel masakan bersama Cef Abang Brian.

Ciri-ciri utama lain yang cukup menarik dalam vakum tanpa wayar berkenaan adalah pemegang, Flex Handle yang boleh dilipat sehingga 50 darjah hanya dengan menekan sebuah butang pintar.

Selain itu, vakum itu turut ada berus, Soft Action dan bekas untuk menyimpan habuk serta kekotaran yang telahpun disedut ketika membersihkan kediaman.

Vakum POWERstick PRO yang didatangkan dalam berona metal silver itu dijual pada harga RM2,799.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web http://www.samsung.com/my/vacuum-cleaners/vs800ml-of-150w/ – K! ONLINE 

w
Cef Abang Brian.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN