KEGHAIRAHAN penyokong yang sanggup beratur seawal jam 9 pagi untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 membuktikan bola sepak adalah sukan popular No. 1 yang mempunyai pengaruh sangat besar di negara ini. Bagaimanapun seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap kali berlangsung perlawanan besar, isu penyokong berang kerana gagal mendapatkan tiket selepas beratur panjang berjam-jam terus menghantui bola sepak negara. Dalam kekecohan hendak mendapatkan tiket, ada pula yang pengsan, malah di Stadium…










