Sambutan meriah, pelbagai gelagat menghiburkan - Utusan Malaysia

Sambutan meriah, pelbagai gelagat menghiburkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Sambutan meriah pengunjung pada hari kedua Pesta Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) 2018, menyaksikan beraneka gelagat menghiburkan hati ditampilkan peserta yang mengambil bahagian.

Selain Pertandingan Mewarna untuk dua kategori umur kanak-kanak iaitu 7 hingga 9 tahun (Kategori A), 10 hingga 12 tahun (Kategori B), turut diadakan Pertandingan Bola Sepak Cilik (B-12) dan Eksplorace menawarkan hadiah utama sebanyak RM1,000.

Eksekutif Pengurusan Jenama Utusan Melayu, Abdul Rahman Razali berkata sambutan peserta dalam setiap acara  utama dipertandingkan sangat positif dengan 64 orang bersaing dalam dua kategori Pertandingan Mewarna selain  16 pasukan berentap bagi Bola Sepak Cilik yang menyajikan aksi lincah yang cukup menghiburkan.

Katanya, selain itu pertandingan yang menjadi tumpuan ramai, Eksplorace yang akan berlangsung esok, pastinya menjanjikan saingan sengit peserta bagi menguasai trek seluas 5.5 hektar sekitar Dusun Humprey, UPM.

“Selain tiga acara utama ditandingkan  hari ini, kami turut adakan lima aktiviti sampingan untuk pengunjung seperti Teka Bola Raga; Meh Celup; Cabutan Bertuah dan Karaoke Santai.

“Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang lima hari Pesta Konvo UPM Edisi Ke-42 kali ini perlu dimanfaatkan oleh setiap pengunjung untuk meraih pelbagai hadiah menarik disediakan di samping membeli beraneka barangan dijual pada harga amat memuaskan,” katanya ketika ditemui di Tapak Pesta Konvo Dusun Humprey, UPM dekat sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN