SAMB ubah injap pembuangan air terus ke sungai - Utusan Malaysia

SAMB ubah injap pembuangan air terus ke sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 30 Okt. – Sya­rikat Air Melaka Berhad (SAMB) memandang serius kejadian yang berlaku membabitkan halaman sebuah rumah penduduk di Merlimau baru-baru ini dan akan meningkatkan tahap kesiapsiagaan syarikat tersebut bagi memastikan kejadian itu tidak berulang.

JULIANA ASHRAM BAHARAM

Pengurus Daerah Jasin SAMB, Juliana Ashram Baharam berkata, pihaknya menempatkan injap pembuangan air atau ‘washout valve’ di beberapa lokasi rendah bertujuan membuang air dalam paip ketika kerja-kerja baik pulih paip dijalankan.

Menurutnya, kejadian yang berlaku malam itu di-sebabkan pihaknya terpaksa membuang air dari injap pembuangan berhampiran rumah penduduk terbabit bagi kerja-kerja penukaran injap di Jalan Batu Gajah-Merlimau.

“Kebiasaannya injap pembuangan air SAMB ditempatkan di kawasan yang terletak berhampiran sungai atau longkang bagi memudahkan pengaliran air yang dibuang.

“Dalam kes yang berlaku di Merlimau, pekerja kami tidak dapat me­nunggu pembuangan air di sesebuah lokasi kerana mereka perlu bergerak untuk membuka beberapa injap lain bagi mempercepatkan proses membuang air dalam paip,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian banjir kilat yang berlaku di halaman seorang penduduk di Merlimau baru-baru ini.

Kejadian itu didakwa berlaku selepas kakitangan syarikat itu melepaskan untuk kerja-kerja baik pulih paip dilaksanakan.

Menurut Juliana Ashram, sebagai langkah menangani masalah tersebut daripada berulang, pihaknya akan me­mindahkan injap pembuangan air itu minggu hadapan ke lokasi yang terletak berhampiran sungai.

Katanya, tindakan itu bagi mengelakkan limpahan air sehingga menyebabkan banjir kilat berulang dan menimbulkan kesulitan kepada penduduk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN