KUALA LUMPUR 14 Okt. – Penyanyi Zamani mengakui Allahyarham Saleem pernah meluahkan hasrat untuk menyertai program nyanyian Gegar Vaganza (GV). Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata, dia sedikit terkilan kerana banyak hasrat semasa hayat arwah tidak tercapai. “Dia ada bergurau untuk masuk Gegar Vaganza beberapa tahun lalu sewaktu dia sihat. Mengenalinya, arwah memang seorang yang suka bergurau dan ceria,” ujarnya. Dalam masa yang sama, vokalis kumpulan Slam ini turut meluahkan rasa sedih kerana tidak berkesempatan bercakap dengan arwah ketika dia sudah sedarkan diri. “Saya memang amat terkilan tidak dapat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya