LIVERPOOL 28 Okt. – Mohamed Salah meledak gol ke-51 dan mencipta gerakan untuk dua jaringan Liverpool ketika membantu pasukannya merampas kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris selepas menumpaskan Cardiff City 4-1 di Anfield, hari ini. Bintang Switzerland, Xherdan Shaqiri akhirnya menjaringkan gol pertama bersama Liverpool dalam saingan liga, manakala Sadio Mane menyumbat dua jaringan untuk membolehkan anak-anak buah Jurgen Klopp mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 10 perlawanan. Kemenangan itu membolehkan Reds mengatasi City dengan kelebihan tiga mata selepas mengumpul 26 mata. City bagaimanapun mampu memintas semula kedudukan jika mengalahkan Tottenham, Selasa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya