JOHANNESBURG 13 Okt. – Bintang Liverpool Mohamed Salah menjaringkan gol terus daripada sepakan sudut, sebelum terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan sewaktu Mesir menumbangkan eSwatini 4-1 dalam kelayakan Piala Negara-negara Afrika, hari ini. Penyerang itu memegang kakinya pada penghujung perlawanan Kumpulan J di Kaherah, sebelum kembali bermain selepas menerima rawatan, namun kemudiannya Salah dikeluarkan dan digantikan dengan pemain lain. “Menurut doktor pasukan, diagnosis awal mendapati ia adalah akibat ketegangan otot. Ia (ligamen) tidak koyak, saya rasa ia tidak serius,” kata pembantu jurulatih Mesir, Hany Ramzy kepada BeIN Sports. Jurucakap jabatan perubatan pasukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya