KUANTAN 6 Okt. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menafikan dakwaan kononnya mereka meminta bantuan bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien untuk memulihkan hubungan diplomasi antara Malaysia dengan Arab Saudi. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau juga tidak tahu siapa sumber seperti yang dilaporkan sebuah portal berita hari ini. “Saya tidak ada pertemuan dengan Hishammuddin dan Wisma Putra juga tidak ada minta bantuan daripadanya untuk memulihkan hubungan antara…










