PENTAS konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) menyaksikan penyanyi Safura menjadi peserta pertama meninggalkan program realiti tersebut menerusi persembahan minggu kedua yang berlangsung Ahad lalu. Safura yang membawakan lagu Diari Biru nyanyian asal penyanyi Maya Matahari hanya berjaya mengutip markah sebanyak 39.70 daripada juri profesional. Keputusan tersebut sekali gus menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengandaikan bahawa peserta pertama tersingkir dalam GV5 adalah Elite memandangkan pada minggu sebelumnya, kumpulan itu berada…










