KUALA SELANGOR – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor yang dibatalkan berikutan masalah teknikal semalam didakwa disebabkan unsur sabotaj.
Dakwaan sabotaj itu timbul berikutan penemuan satu alat dipercayai penghalang isyarat data dan panggilan keluar masuk (signal jammer device) oleh pekerja pembersihan di tempat duduk penyokong di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Kuala Selangor, iaitu pusat pengundian pada pukul 2.05 petang.
Calon Angkatan Muda Keadilan (AMK), R. Sabahbathi mendakwa, sebaik dimaklumkan, beliau bersama seorang calon Naib Ketua AMK, M. Gohgilarajan telah membuat laporan di Balai Polis Kuala Selangor.
Dakwanya, alat itu dipercayai diletakkan dengan sengaja oleh individu tidak bertanggungjawab bagi mengganggu proses pemilihan tersebut.
“Alat itulah dipercayai mengganggu isyarat data internet dan panggilan keluar masuk sehingga pemilih PKR cabang itu terpaksa dibatalkan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











