Sabah tewas, Perak mara final Piala Malaysia 2018 - Utusan Malaysia

Sabah tewas, Perak mara final Piala Malaysia 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Impian skuad Sabah untuk mara ke final Piala Malaysia 2018 tidak kesampaian selepas seri 2-2 dengan Perak dalam saingan separuh akhir kedua di Stadium Likas di sini malam ini.

Keputusan tersebut sekali gus menjadikan Perak mencatat agregat 7-2 hasil keputusan 5-0 membenam skuad Sabah Rhinos dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Perak, Ipoh pada 7 Oktober lalu.

Dalam tempoh 30 minit permainan gawang Sabah hampir dibolosi pemain lawan, Gilmar Jose Da Silva Filho dan Muhammad Firdaus Saiyadi namun, diselamatkan penjaga gol Rozaimie Rohim.

Bagaimanapun, pada minit ke-34 penyokong tuan rumah bersorak selepas pemain Sabri Sahar berjaya menjaringkan gol pertama sekali gus menjadikan kedudukan 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama. 

Memasuki babak kedua, skuad Perak yang popular dengan jolokan The Bos Gaurus terus berusaha menambah gol dan mendapat peluang itu pada minit ke-74 hasil sepakan penalti Gilmar.

Keghairahan pasukan lawan semakin memuncak selepas Gilmar sekali lagi menambah gol kedua pada minit ke-80.

Bagaimanapun, pada minit ke-85, kapten pasukan Sabah, Rawilson Batuil menjaringkan gol dan menjadikan kedudukan seri 2-2.

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN