KUALA LUMPUR 24 Okt. – Beberapa pindaan dan pemansuhan akta berkaitan keselamatan negara akan dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan atau selewat-lewatnya dalam persidangan seterusnya, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya sebuah Jawatankuasa Khas Mengkaji Undang-undang Keselamatan yang ditubuhkan Julai lepas telah selesai mengkaji enam akta serta satu hukuman terlibat dan laporannya sedang diteliti oleh sebuah Jawatankuasa Teknikal di Jabatan Peguam Negara. Beliau berkata akta-akta dan hukuman…










