Rusia siap sedia untuk berperang - Utusan Malaysia

Rusia siap sedia untuk berperang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

New York 27 Okt. – Seorang diplomat Rusia mengesahkan bahawa negaranya sememangnya bersiap sedia untuk berperang tetapi hanya jika Amerika Syarikat (AS) memulakannya dulu.

Ketika bercakap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam Timbalan Pe­ngarah Kementerian Luar Rusia, Jabatan Bukan Proliferansi dan Kawalan Senjata, mengatakan Rusia memang bersedia untuk berperang, untuk mempertahankan rak­yatnya terhadap pencerobohan AS.

“Pada mesyuarat terbaharu, AS menyatakan bahawa Rusia sedang bersedia untuk berperang. Ya, Rusia sedang bersiap untuk perang, saya dapat mengesahkannya.

“Peningkatan ketenteraan dan latihan besar-besaran tentera Rusia, yang sering dianggap media Barat sebagai persediaan untuk peperangan terhebat, merupakan keperluan yang defensif, katanya.

“Kami sedang bersedia mempertahankan tanah air kami, integriti wilayah kami, prinsip kami, nilai kami, rak­yat kami.”

Bukan seperti AS, Rusia tidak mencari konfrontasi, katanya sambil mempersoalkan kenapa AS keluar daripada Perjanjian [INF] kecuali untuk me­ningkatkan potensi nuklear mereka.

Keputusan Washington untuk menghapuskan perjanjian era Perang Dingin mengejutkan kedua-dua Eropah dan Moscow, yang memperingatkan ia akan “menjadikan dunia ini tempat yang lebih berbahaya” dan mengundang tindak balas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN