MOSCOW 3 Okt. – Rusia selesai membuat penghantaran sistem pertahanan udara S-300 ke Syria, selaras dengan langkah keselamatan baharu selepas sebuah pesawat tentera Moscow secara tidak sengaja ditembak jatuh oleh peluru berpandu Syria era Soviet. Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu berkata, penghantaran itu dibuat kelmarin termasuk empat platform pelancar. Katanya, Moscow turut menambah kelengkapan tentera seperti sistem gangguan radio dan kini menguasai ruang udara Syria. AFP










