Rossi optimis Yamaha bangkit - Utusan Malaysia

Rossi optimis Yamaha bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VICTORIA – Pelumba Movistar Yamaha, Valentino Rossi melaungkan keyakinan mampu bangkit daripada kekecewaan serta memburu kedudukan podium pada Grand Prix (GP) Australia di Litar Phillip Island hujung minggu ini.

Jentera YZR-M1 milik Pelumba Itali itu serta rakan sepasukannya, Maverick Vinales bergelut dengan prestasi tidak menentu, sekali gus menyaksikan pasukan Yamaha masih gagal mencatat sebarang kemenangan dalam sai­ngan MotoGP musim ini.

Bagaimanapun, Rossi berpendapat Litar Phillip Island mampu memberi kelebihan kepada jentera Yamaha, lebih-lebih lagi mereka berjaya menaiki podium pada saingan musim lalu.

“Saya fikir Phillip Island merupakan litar yang dinanti-nantikan oleh semua pelumba pada setiap musim. Kami harap cuaca di sini baik sepanjang minggu terutamanya pada hari perlumbaan Ahad ini.

“Tahun lepas, prestasi saya di sini cukup baik dan kedua-dua pelumba Yamaha berjaya menaiki podium. Bagaimanapun, situasi berbeza pada setiap tahun, jadi kami perlu bekerja lebih keras kali ini,” kata Rossi.

Juara dunia sembilan kali itu juga berkata, litar ber­kenaan amat berbeza dengan litar-litar lain kerana ia memberi peluang kepada semua pelumba untuk memasuki selekoh dengan kelajuan yang tinggi.

“Phillip Island memang berbeza dengan venue lain. Di sini, setiap pelumba boleh mengambil selekoh serta mengubah arah la­luan dengan kelajuan tinggi, jadi ia sentiasa mencabar fizikal kami,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN