Rossa kini bergelar Datuk Seri - Utusan Malaysia

Rossa kini bergelar Datuk Seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN – Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Rossa kini bergelar ‘Datuk Seri’ setelah dikurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Rossa atau nama sebenarnya Sri Rosa Roslaina Handiyani yang merupakan antara 18 penerima darjah kebesaran itu melahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih terhadap Sultan Pahang di atas pengurniaan berkenaan.

“Saya amat bersyukur kerana tahun ini memberi banyak kebahagiaan kepada saya. Selepas mendapat Anugerah Khas Planet Muzik (APM2018) yang berlangsung di Singapura pada 28 September lalu, saya dapat pula anugerah (gelaran Datuk Seri) ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini hadiah ulang tahun kelahiran saya pada 9 Oktober lalu dan sesungguhnya tahun ini membawa tuah kepada saya atas pencapaian terutamanya dalam bidang seni,” katanya yang ditemui selepas istiadat berkenaan.

Pelantun lagu Pudar itu sebelum ini pernah menerima gelaran ‘Datuk’ daripada Sultan Ahmad Shah lima tahun lepas. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini