Rosmah tunjuk isyarat 'okey' - Utusan Malaysia

Rosmah tunjuk isyarat ‘okey’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sempat menunjukkan isyarat ‘okey’ kepada penyokong selepas didakwa atas 17 pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

Rosmah, 67, turut mengucapkan perkataan ‘Terima Kasih’ dan ‘I Love you’ kepada lebih 30 penyokongnya yang rata-rata telah berada di pekarangan mahkamah sejak pukul 7 pagi.

Terdahulu, Rosmah mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan melibatkan dirinya berhubung pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Memuatkan artikel berkaitan…

Mahkamah membenarkan Rosmah diikat jamin RM2 juta dengan dua orang penjamin bagi kesemua pertuduhan dengan dua syarat menyerahkan dua pasport kepada mahkamah serta tidak mengganggu saksi dan bakal saksi pendakwaan.

Mahkamah turut membenarkan permohonan Rosmah yang diwakili barisan peguam diketuai Datuk K. Kumaraendran membayar ikat jamin RM500,000 hari ini dan bakinya pada atau sebelum 11 Oktober ini.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan dan mahkamah menetapkan 8 November untuk sebutan semula kes.

Hasil semakan, dua individu wanita  dipercayai rakannya telah membayar jaminan terhadap Rosmah sebanyak RM500,000 pada pukul 11 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini