Rosmah tiba beri keterangan - Utusan Malaysia

Rosmah tiba beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Menara 238 kira-kira pukul 9.45 pagi bagi memberi keterangan kepada Pasukan Siasatan Jenayah Penggubahan Wang Haram (AMLA) Urusetia Ketua Polis Negara di sini.

Rosmah yang hadir dengan berpakaian baju kurung berwarna hitam dan putih itu turut tiba bersama dua anaknya, Norashman Najib serta Riza Aziz.

Difahamkan ketiga-tiga mereka hadir bagi memberi keterangan berkenaan pemilikan dan pembelian barangan kemas yang dirampas di hartanah berkaitan Datuk Seri Najib Razak pada Mei lalu, susulan siasatan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rabu lalu, Rosmah telah meminta untuk penangguhan dalam memberi keterangan yang sepatutnya dijadualkan semalam kepada hari ini.

Untuk rekod ini adalah kali kedua ia ditunda, selepas polis dijadualkan merakam keterangannya pada 19 Oktober lalu berkenaan siasatan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN