Rosmah, Norashman dan Riza selesai beri keterangan - Utusan Malaysia

Rosmah, Norashman dan Riza selesai beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya, Norashman Najib serta Riza Aziz dilihat meninggalkan bangunan Menara KPJ dengan menaiki dua buah kereta sebentar tadi.

Mereka yang menaiki Proton Perdana dan BMW meninggalkan bangunan tersebut pada pukul 1.08 petang melalui pintu lain.

Terdahulu, Rosmah dan dua anak lelakinya itu tiba di pekarangan Menara KPJ pada pukul 9.45 pagi untuk memberikan keterangan di Unit Anti-Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut sumber, ketiga-tiga individu tersebut selesai memberikan keterangan pada pukul 1 petang tadi.

Kesemua mereka dipanggil dipercayai untuk memberi keterangan berhubung pemilikan dan pembelian barangan kemas yang dirampas di hartanah berkaitan Najib pada Mei lalu, dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan 1Malaysia Development Berhad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN