Rosmah bersama dua anaknya beri keterangan - Utusan Malaysia

Rosmah bersama dua anaknya beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya, Norashman serta Riza Aziz tiba di pekarangan Menara KPJ di Jalan Tun Razak, dekat sini sebentar tadi.

Beliau yang memakai baju kurung putih menaiki kereta Proton Perdana hitam manakala kedua-dua anaknya juga menaiki sebuah kereta Proton Perdana hitam yang lain tiba pada pukul 9.45 pagi.

Ketiga-tiga mereka dipanggil memberi keterangan di Unit Anti-Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) Polis Diraja Malaysia berhubung pemilikan serta pembelian barangan kemas yang dirampas di hartanah berkaitan Najib pada Mei lalu, berkaitan dengan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada Jun lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mendedahkan nilai barangan kemas dirampas mencecah RM440 juta.

Jumlah itu termasuk 1,400 utas rantai, 2,200 bentuk cincin, 2,100 bentuk gelang, 2,800 pasang subang, 1,600 bentuk kerongsang dan 14 tiara.

Selain itu, polis merampas 567 beg tangan bernilai lebih RM51.3 juta serta 423 jam dan 234 cermin mata hitam, masing-masing bernilai RM79 juta dan RM374,000. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN