Roslan Shah akui gambar bogel tersebar adalah miliknya  - Utusan Malaysia

Roslan Shah akui gambar bogel tersebar adalah miliknya 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengacara Roslan Shah tidak menafikan sekeping gambar bogel yang tersebar sejak semalam adalah miliknya. 

Dia juga turut berkongsi gambar bogel tersebut di Instagramnya semalam dengan menyertakan dakwaan bahawa ada pihak yang cuba mengaibkan dirinya.

“Terima kasih orang yang menyebarkan gambar ini serta video. Tergamak sungguh ya mahu memahukan saya.

“Terima kasih kepada pengikut dan peminat saya yang menghantar gambar ini menerusi WhatsApp tadi. Tidak tahu lah apa lagi yang tidak puas hati dengan saya,” tulisnya.

Namun menerusi sebuah portal, Roslan memberitahu gambar berkenaan dirakam oleh seorang rakannya dengan niat sekadar untuk bergurau.

Gambar tersebut dirakam sekitar tahun lalu ketika dia berada di sebuah hotel. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN