MANCHESTER 23 Okt. – Sambil tersenyum, Cristiano Ronaldo menegaskan, dia adalah pemain contoh sewaktu berada di dalam ataupun di luar padang, pada ketika tuduhan rogol dilemparkan terhadap pemenang lima kali Ballon d’Or itu di Amerika Syarikat. “Saya tahu saya adalah pemain contoh, 100 peratus, baik di dalam dan di luar padang,” kata Ronaldo dalam sidang akhbar menjelang perlawanan antara Manchester United dan Juventus pada Liga Juara-Juara, esok (awal pagi Rabu…










