Rohingya bukan isu domestik Myanmar, Malaysia terima tempias - Utusan Malaysia

Rohingya bukan isu domestik Myanmar, Malaysia terima tempias

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 21 Okt. – Myanmar tidak boleh mengatakan isu etnik Rohingya sebagai masalah domestik semata-mata kerana Malaysia turut menerima tempiasnya, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu 

Mohamad berkata ketika ini terdapat lebih 100,000 pelarian Rohingya di Malaysia yang tidak kesemuanya berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Malaysia tidak mampu menanggung beban pelarian yang begitu ramai,” katanya kepada Bernama. Mohamad berada di sini selama tiga hari sejak 18 Okt, mengulangi penegasan hubungan pertahanan yang baik dengan Singapura dalam lawatan pengenalan diri ke republik ini.

Beliau juga menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-12 dan ADMM-Plus ke-5 yang dihoskan Singapura selama dua hari berakhir semalam. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN