JOHOR BAHRU 31 Okt. – Kerajaan negeri memperuntukkan RM500,000 untuk Jawatankuasa Johor Innovation Valley (JIVe) dalam usaha memperkasakan bidang rekacipta dan inovasi di Johor. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, dana itu untuk fasa pertama yang akan mengambil masa kira-kira setahun melibatkan pelbagai hasil kajian. “Kalau hasil kajian dan bidang inovasi baik dan berkembang, kita akan tambah lagi peruntukan selepas ini. “Jawatankuasa ini akan melibatkan…