JOHOR BAHRU 27 Okt. – Kerajaan negeri menubuhkan Dana Bencana Khas RM20 juta sebagai langkah kontingensi atau alternatif ketika berdepan bencana alam di Johor.
Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, dana itu disalurkan apabila peruntukan kewangan daripada pelbagai agensi atau jabatan mengambil masa atau tidak mencukupi.
“Bajet khas ini untuk hadapi malapetaka seperti banjir sebab kita tidak tahu kalau terjadinya tanah runtuh, jambatan runtuh dan sebagainya.
“Nak tunggu peruntukan dari jabatan kadang-kadang lambat dan tidak mencukupi jadi boleh guna dana ini sebagai amanah untuk dibelanjakan,” katanya kepada pemberita selepas melawat karnival Jom Heboh di Plaza Angsana Johor Baru di sini sebentar tadi.
Belia menjelaskan, dana bencana alam tersebut turut merangkumi banjir, ribut taufan, tanah runtuh, kebakaran serta kemalangan. – UTUSAN ONLINE










