Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal - Utusan Malaysia

Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan permintaan yang lebih baik terhadap unit tempatan dengan data ekonomi tidak menggalakkan daripada Amerika Syarikat.

Pada pukul 9.02 pagi, unit tempatan berada pada 4.1510/1540 berbanding dolar AS daripada 4.1540/1580 dicatatkan semalam.

Peniaga berkata permintaan terhadap ringgit meningkat berikutan dolar AS merosot susulan jualan runcit AS bagi September lebih rendah daripada jangkaan.

“Selain itu, harga minyak global yang lebih tinggi turut membantu meningkatkan sentimen terhadap ringgit,” katanya.

Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent bagi penghantaran Disember naik sembilan cents kepada US$80.87 setong, manakala minyak mentah AS West Texas Intermediate bagi penghantaran November meningkat lima cents kepada US$71.83 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali dolar Singapura apabila ia susut kepada 3.0180/0213 daripada 3.0171/0205 semasa ditutup pada Isnin.

Unit tempatan meningkat berbanding yen kepada 3.7099/7129 daripada 3.7176/7225, naik berbanding euro kepada 4.8102/8141 daripada 4.8132/8187 dan menambah berbanding pound British kepada 5.4611/4654 daripada 5.4617/4690. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN