KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini susulan permintaan tinggi ke atas nota tempatan hasil daripada pengukuhan harga minyak global.
Pada pukul 9.21 pagi, ringgit mencatatkan 4.1490/1530 berbanding dolar AS daripada 4.1515/1555 semalam.
“Minyak mentah US West Texas Intermediate meningkat 0.5 peratus kepada US$72.27 setong (RM299.99), manakala penanda aras minyak mentah Brent International menokok 0.4 peratus kepada US$81.77 setong (RM339.43),” katanya.
Beliau berkata, peserta pasaran akan memantau minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS bagi bulan September yang akan dikeluarkan hari ini (Rabu) bagi melihat petunjuk mengenai arah tuju dolar AS dan kemungkinan kenaikan kadar faedah yang lebih tinggi untuk tahun ini.
Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali dolar Singapura apabila ringgit merosot kepada 3.0203/0237 daripada 3.0153/0189 pada penutupan semalam.
Nota tempatan meningkat berbanding yen kepada 3.6919/6962 daripada 3.7027/7070, meningkat berbanding euro kepada 4.8033/8083 daripada 4.8041/8096 dan tinggi berbanding pound British kepada 5.4713/4774 daripada 5.4804/4861. – Bernama










