Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini kerana sentimen negatif menyelubungi permintaan terhadap mata wang tempatan, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1595 berbanding dolar AS daripada 4.1590 pada Isnin.

Ketua Dagangan OANDA Asia-Pasifik, Stephen Innes berkata, ketidaktentuan risiko global, penyusutan harga minyak dan kelemahan prabajet, menyaksikan kebanyakan pelabur tidak memasuki pasaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Fokus berikutnya adalah data indeks harga pengguna (CPI) minggu ini, bagaimanapun melihat kepada suasana inflasi yang hangat tahun ini, ia berkemungkinan menukar pasaran kepada penurunan kadar faedah terhadap dasar Bank Negara Malaysia pada masa depan,” tambahnya.

Ringgit didagangkan kebanyakan tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali yen Jepun.

Ia meningkat berbanding pound British kepada 5.3928 daripada 5.4183 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0122 daripada 3.0166 pada Isnin.

Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.7668 daripada 4.7841 semalam, tetapi berbanding yen Jepun, ia susut sedikit kepada 3.6891 daripada 3.6857. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini