KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini ketika sentimen pasaran kini beralih kepada bahang menjelang pembentangan Belanjawan 2019, kata seorang peniaga. Pada 9 pagi ini, ringgit berada pada paras 4.1510/1540 berbanding 4.1550/1600 yang dicatatkan sewaktu ditutup, semalam. Ketua Perdagangan OANDA di Asia Pasifik, Stephen Innes berkata, prestasi ringgit turut dipengaruhi oleh laporan media semalam mengenai usaha kerajaan untuk menangani defisit menerusi tindakan termasuk…










