Rim Mercedes cetus kontroversi - Utusan Malaysia

Rim Mercedes cetus kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Mercedes ter­desak untuk menukar reka bentuk rim jentera mereka selepas perlumbaan Grand Prix (GP) Amerika Syarikat, Ahad lalu setelah menerima kritikan berterusan daripada Ferrari.

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dilaporkan telah memberikan panduan terperinci kepada pasukan yang dikenali sebagai Silver Arrows itu me­ngenai reka bentuk yang dibenarkan selepas meneliti desakan yang diutarakan oleh Ferrari.

Ferrari sebelum ini mahukan penjelasan terperinci mengenai peraturan reka bentuk rim selepas mendapati rim yang digunakan oleh pasukan itu memiliki persamaan ciri dengan roda jentera Red Bull yang diharamkan pada tahun 2012.

Reka bentuk baharu rim Mercedes yang mula digunakan pada Grand Prix Belgium, Ogos lalu itu dipercayai merupakan antara penyumbang kepada daya saing tinggi mereka dalam beberapa perlumbaan lalu.

Sementara itu, Lewis Ha­milton yang mengakhiri sai­ngan di petak ketiga GP Amerika Syarikat selepas memulakan perlumbaan pada petak pertama mengakui masalah tayar menyebabkan peluangnya menjuarai perlumbaan terjejas.

“Kami terpaksa melakukan dua hentian pit yang mana tidak sesuai untuk jentera kami.

“Masalah tayar menyebabkan peluang saya terjejas dan ia perlu diberikan perhatian menjelang perlumbaan berikutnya,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN