Ricciardo lepas geram kepada dinding - Utusan Malaysia

Ricciardo lepas geram kepada dinding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUSTIN 22 Okt. – Daniel Ricciardo terlalu marah sehingga dia melepaskan tumbukan ke dinding sampai berlubang selepas kegagalan kuasa jenteranya memaksa pemandu tersebut menamatkan perlumbaan lebih awal pada Grand Prix Formula Satu Amerika Syarikat, kata prinsipal Red Bull, Christian Horner, hari ini.

Sementara rakan sepasukannya, Max Verstappen memacu laju jentera dari kedudukan ke-18 untuk menamatkan saingan sebagai naib juara dengan gaya pemanduan mempesonakan, pelumba Australia, Ricciardo pula ditimpa kekecewaan sekali lagi musim ini selepas terpaksa berdepan kemerosotan prestasi.

“Amat malang untuk Daniel, saya simpati dengan nasib yang menimpanya. Dia berdepan isu sama seperti yang pernah kami lalui di Bahrain di mana jentera secara tiba-tiba terhenti,” kata Horner kepada pemberita selepas perlumbaan dimenangi pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ricciardo, yang meninggalkan Red Bull untuk menyertai Renault musim depan, berpeluang cerah untuk menaiki podium, tetapi malangnya dia terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal.

“Dia melepaskan rasa kecewanya di dalam bilik dengan menumbuk ke dinding, yang mana anda boleh bayangkan apa yang berlaku selepas itu. Bagaimanapun, dia tidak menyalahkan pasukan. Dia tahu kami memberikan apa sahaja yang kami mampu,” tambah Horner. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini