KOTA BHARU – Musim menuai padi dua kali setahun amat ditunggu sebahagian daripada penangkap ikan ‘separuh masa’ di negeri ini kerana inilah masanya kaki boleh terpijak rezeki dalam bendang. Antara kawasan sawah padi menjadi tumpuan adalah Ladang Merdeka Mulong seluas lebih 98 hektar di sini yang menarik kehadiran bukan sahaja penduduk setempat malah mereka tinggal di sekitar kawasan tersebut. Pekerja kilang bata, Aznan Abd. Hapil, 35, dari Kampung Parit Limbat,…










