KOTA BHARU 22 Okt. – Aktiviti menangkap ikan dalam bendang sawah semasa musim menuai padi kekal menjadi tradisi yang diminati semua golongan tanpa mengira usia. Antara kawasan sawah padi yang menjadi tumpuan ketika ini adalah Ladang Merdeka Mulong seluas lebih 98 hektar di sini yang menarik kehadiran bukan sahaja penduduk setempat malah yang tinggal jauh. Pekerja kilang bata, Aznan Abd. Hapil, 35, dari Kampung Parit Limbat, Pasir Tumboh berkata, aktiviti…










