Rezeki biarlah berkat - Utusan Malaysia

Rezeki biarlah berkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEORANG penumpang wanita dicaj RM150 ketika menggunakan perkhidmatan teksi biasa dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke rumahnya di Beranang, Selangor.

Setibanya di rumah, si penumpang wanita itu benggang apabila suaminya memberitahu bahawa tambang yang biasa dikenakan untuk destinasi sama mengikut pengalamannya termasuk ketika menggunakan teksi airport atau teksi biasa hanya sekitar RM75 hingga RM90 saja.

Masalah ketuk tambang, sebenarnya banyak menghantui para penumpang selama ini. Walaupun ramai pemandu teksi bersikap budiman dan akur kepada penggunaan meter, tapi sikap segelintir pemandu lintah darat dan mahu untung mudah menyebabkan imej perkhidmatan teksi biasa terjejas.

Bila kita merenung sejenak kenapa tiba-tiba wujud perkhidmatan Grab dan orang ramai pula dapat menerimanya sehingga menjejaskan periuk nasi para pemandu teksi.

Kita tak boleh menolak sumpahan, doa atau kutukan ramai penumpang yang merasa teraniaya kerana ‘diketuk tambang’ akhirnya dimakbulkan Tuhan dan akhirnya berubah menjadi bala kepada perkhidmatan teksi sehingga pemandu budiman pun terkena tempiasnya.

Fikirlah daripada kita mendapat rezeki banyak tapi disumpah ramai penumpang, lebih baik kita mendapat rezeki sikit tapi berkat. Insya-Allah rezeki yang diberkati akan diberi kecukupan oleh Allah SWT untuk membesarkan anak-anak.

PS: Suka bagi duit ekstra kepada pemandu teksi budiman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN