Resepi Asia Tenggara ala Majapahit - Utusan Malaysia

Resepi Asia Tenggara ala Majapahit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Persis kegemilangan dan kehebatan kerajaan Majapahit, The Majapahit Restaurant & Bar (The Majapahit) menyediakan hidangan Asia Tenggara ala diraja yang pastinya menjanjikan resipi yang lazat dan asli buat penggemar hidangan sedemikian.

Menampilkan sajian Thai dan Indonesia sebagai juadah utama, para pengunjung dapat menikmati air tangan Chef Pak Isan Santibi yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang kulinari.

Chef Pak Isan yang pernah berkhidmat dalam menghasilkan menu yang lazat di Bumbu Desa dan Restoran Ginger Thai sebelum ini menawarkan pelbagai makanan Asia Tenggara yang paling disukai ramai di The Majapahit.

Menurut Pengurus Pemasaran The Majapahit, Nelson How, pelanggan dapat menikmati resipi hebat Chef Pak Isan sama ada dalam bentuk hidangan ala carte ataupun merasai beberapa hidangan dari negara berlainan dalam satu pinggan.

“Pelbagai hidangan menarik dalam menu kami dari Signature Platters iaitu SEA-PAS yang merupakan tapas versi The Majapahit, pelbagai pilihan sup, salad, mi hingga ke pelbagai pilihan nasi dari negara berlainan.

“Pengunjung akan menikmati pengalaman bersantap dalam suasana tropika bertemakan fine dining mewah dengan harga yang berpatutan, sepadan dengan kerajaan Majapahit yang gilang-gemilang,” ujarnya ketika ditemui di The Majapahit yang terletak di Arcoris Mont Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tidak dinafikan suasana restoran dengan gabungan warna semulajadi dan hijau ditambah pula konsep siling yang tinggi memberikan rasa selesa dan mewah bagaikan di istana.

Mulakan pengembaraan anda dengan ‘Signature Platter’ The Majapahit yang mana setiap sajian menampilkan variasi beberapa buah negara di Asia Tenggara untuk juadah yang sama seperti kari, nasi goreng, kepak ayam dan sate yang menjadi kegemaran sepanjang zaman.

Dihidang bersama roti chapati dan biskut Cassava, Curry Galore hadir dengan sajian ‘umami’ Daging Lembu Kari Merah Thai, Ayam Kari Hijau Thai, Kari Sotong Indonesia dan Kari Udang Malaysia.

Sajian Maha Rice Royale pula menghidangkan empat versi nasi goreng berlainan tempat asalnya iaitu Nasi Goreng Nanas Thai, Nasi Goreng Thai, Nasi Goreng Kampung Malaysia dan Nasi Goreng Indonesia yang kesemuanya dihidangkan dalam satu pinggan.

Keenakan Royal Wings menawarkan tiga jenis kepak ayam rangup yang wajib dicuba. Digaul bersama Sos Manis Indonesia, Sambal Pedas Malaysia dan Sos Thai yang mana ketiga-tiganya pasti menjadi kegemaran anda selepas menikmatinya!

Dihidangkan bersama empat sos cicah yang unik, Satay of Southeast Asia hadir dengan sajian Sate Ikan Bali, Sate Ayam Malaysia, Sate Daging Indonesia dan Udang Tebu Vietnam.

The Majapahit turut menyajikan ‘makanan jalanan’ Asia Tenggara versi unik dalam bentuk ‘sajian kecil gaya Tapas’ dinamakan SEA-PAS (‘Southeast Asian’ Tapas).

Terbaik dinikmati sebagai pembuka selera atau snek bersama minuman menyegarkan, SEA-PAS merangkumi Corn Fritters yang dibuat dengan jagung digoreng dengan bawang merah dan Grilled King Prawns yang disapu dengan sos pedas dan manis berasaskan serai.

Turut dihidang bersama, Thai Pandan Chicken, Braised Bean Curd, Malaysian Spicy Sambal Wings dan Indonesian Sweet Sauce Wings.

Wajib cuba, Spicy Seafood Tom Yam yang mana keseimbangan antara rasa manis, masam dan pedas yang sempurna membuatkan ia antara hidangan tomyam yang digemari penulis.

Tidak lupa juga Rendang Padang yang menyelerakan. Menggunakan daging lembu Australia import, ia direneh di dalam santan dan campuran rempah sehingga sempurna.

Bagi mereka yang sentiasa dalam kesibukan, The Majapahit menawarkan hidangan makan tengah hari Ala Carte dan set makan tengahari nilai istimewa bermula dari RM 18.90 sahaja. Manakala The Kids Menu menawarkan pilihan makanan lengkap dengan minuman sama ada set Coconut Butter Chicken atau Fish Fillet dengan hanya RM15 setiap set.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN