Representasi lima kes jenayah Farid Kamil ditolak - Utusan Malaysia

Representasi lima kes jenayah Farid Kamil ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Jabatan Peguam Negara menolak representasi dikemukakan oleh pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari bagi menggugurkan lima pertuduhan jenayah yang dihadapinya, awal tahun ini.

Keputusan menolak representasi bagi menggugurkan balik pertuduhan terhadap Farid Kamil, 37, dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris.

Perkara itu dimaklumkan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham dalam prosiding sebutan semula lima kes pelakon itu.

Mahkamah mengekalkan tarikh perbicaraan selama lima hari bermula 27 November depan.

Sementara itu, Farid Kamil ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau akan menghantar representasi kedua secepat mungkin.

“Kita terima keputusan yang telah ditetapkan dan perbincangan akan dilakukan bersama peguam saya untuk mengemukakan representasi untuk kali kedua,” katanya.

Pada 16 Januari lalu, pengarah filem, V3 samseng jalanan, Farid Kamil berdepan empat pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan kepada seorang orang awam dan anggota polis, menghalang anggota polis menjalankan tugas.

Selain itu, berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kesat di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara kira-kira pukul 1.20 petang pada 11 Januari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN