PETALING JAYA – Jabatan Peguam Negara menolak representasi dikemukakan oleh pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari bagi menggugurkan lima pertuduhan jenayah yang dihadapinya, awal tahun ini. Keputusan menolak representasi bagi menggugurkan balik pertuduhan terhadap Farid Kamil, 37, dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris. Perkara itu dimaklumkan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham dalam prosiding sebutan semula lima kes pelakon itu. Mahkamah mengekalkan tarikh perbicaraan selama lima hari bermula 27 November depan. Sementara itu, Farid Kamil ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau akan menghantar representasi kedua secepat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya