SEPANG – Tempoh reman ke atas pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan hingga meragut nyawa seorang kakitangan Telekom Malaysia Bhd. (TM) Unifi di Shaftsbury Square, Cyberjaya di sini dilanjutkan sehingga ke hari ini.
Perintah lanjutan reman selama sehari ke atas warga Libya iaitu Ahmed Abdil Ali, 24, dilakukan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sepang, Alpha Dragam di sini semalam.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seorang wanita berasal dari Sabah dan tiga lelaki Arab ditahan pada tengah malam Khamis lalu sebelum mereka direman selama empat hari.
Keempat-empat individu yang ditahan berusia 22 hingga 32 tahun itu merupakan pelajar sebuah universiti antarabangsa di Cyberjaya.
Dalam kejadian Khamis lalu, Wan Amirah Wan Alias, 31, cedera parah selepas dirempuh dan diseret dengan sebuah kereta jenis Hyundai bernombor pendaftaran BHS 7999 ketika wanita itu melintas jalan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











