KOTA PALU – “Saat khutbah dibaca, saya tidak dapat menahan air mata apabila mengenangkan ibu saya yang maut dalam bencana ini.” Itu luahan Erinto Kahdumah, anak tunggal berusia 13 tahun yang seperti hilang arah apabila orang yang paling disayanginya telah tiada akibat kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Sulawesi Tengah, Jumaat lalu. Erinto sebelum ini tinggal bersama ibunya Kasidah Ahmed, 46, di Patebo yang menyaksikan kawasan itu mengalami kemusnahan…










