BACHOK – Seorang remaja lelaki dipercayai lemas ketika menjala ikan bersama bapa dan rakannya dalam kejadian di muara Pantai Senok di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 8 malam, mangsa yang hilang dikenali Aizat Safuan, 19, manakala bapanya Ismail Haron,45, dan rakannya, Nazizul Mubin Rusli, 15, telah berjaya diselamatkan orang awam dan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Yus…