WARSAW 16 Okt. – Mahkamah Poland menyaman seorang remaja Israel yang mengaku kencing di atas memorial kem tentera Nazi, Auschwitz-Birkenau.
Remaja berusia 19 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut pada Mac lalu dan ditahan pada hari yang sama.
Namun, dia dilepaskan kemudian selepas mengaku melakukan kesalahan tersebut.
Remaja tersebut disaman sebanyak AS$1,350 (RM5,605). – AFP










