Remaja ditahan liwat rakan - Utusan Malaysia

Remaja ditahan liwat rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 24 Okt. – Seorang remaja berusia 14 ditahan polis bagi membantu siasatan kes liwat terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa telah membuat laporan pukul 9.44 malam tadi berhubung kejadian berkenaan.

Menurut Noorzainy, mangsa yang sudah tidak bersekolah sejak empat tahun lalu mendakwa diliwat suspek dalam tandas di sebuah pusat sukan di Mak Mandin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“ Video kejadian juga telah tular dan mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, suspek yang sudah tidak bersekolah telah direman hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini