PARIT BUNTAR 14 Okt. – Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dipercayai baru melahirkan bayinya ditemukan maut di dalam bilik air di sebuah rumah di Taman Tenggara di sini hari ini. Remaja tersebut dipercayai meninggal dunia selepas melahirkan bayi berkenaan dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang. Lebih malang, bayi yang dilahirkan remaja tersebut turut ditemukan meninggal dunia di tempat kejadian bersama ibunya. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob mengesahkan kejadian berkenaan. Tambahnya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian remaja dan bayi berkenaan. “Mayat remaja tersebut dan bayinya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya