BUTTERWORTH 30 Okt. – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 20 Disember depan bagi menjatuhkan hukuman ke atas seorang remaja yang mengaku bersalah meliwat rakannya minggu lalu. Remaja berusia 14 tahun itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM2,000 oleh Hakim Noor Aini Yusof dan bapa tertuduh membayar wang jaminan. Pendakwaan di bawah Seksyen 377A kanun Keseksaan itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazratul Nazrah Yusuf manakala remaja yang tidak lagi…









