SIMPANG PULAI – Rekahan tanah di Kampung Pawong di penempatan Orang Asli di Pos Slim di sini semalam bukan berpunca daripada sebarang gegaran sebagaimana yang tular di media sosial, menurut Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak. Timbalan Pengarah JMG negeri Basharuddin Ismail berkata rekahan tanah sepanjang 50 meter itu berpunca daripada hujan lebat petang semalam. Katanya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang membuat pemantauan…










