Recoda dan Agrobank jalin kerjasama strategik - Utusan Malaysia

Recoda dan Agrobank jalin kerjasama strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 23 Okt. – Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda) dan Agrobank hari ini menjalinkan kerjasama strategik bagi pembiayaan para pelabur dan usahawan agro dalam kawasan Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE).

Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, kerjasama strategik tersebut akan membolehkan pelabur dan usahawan agro berpotensi dalam tiga agensi pembangunan yang ditubuhkan di bawah Recoda.

“Kerjasama seperti ini penting untuk menyokong agenda kerajaan negeri mentransformasi pembangunan luar bandar melalui aktiviti pertanian
dinamik dan komersil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya yakin bahawa program pembiayaan oleh Agrobank akan bermanfaat dalam membangunkan usahawan dikalangan penduduk tempatan dan komuniti agro Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara RECODA dan Agrobank sempena Sarawak Agrofest 2018 di sini sebentar tadi.

MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Recoda, Datuk Ismawi Ismuni dan Ketua Pegawai Strategik Agrobank, Mohamad Taufik Mahamad Zakaria sambil disaksikan Douglas.

Mengulas lanjut, beliau berkata, usaha itu juga selari dengan rancangan pembangunan kerajaan negeri yang mahu menjadikan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2030. – UTUSAN ONLINE




Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini