POLIMIK mengenai jambatan bengkok atau Jambatan Indah yang bakal menghubungkan Johor dengan Singapura kembali hangat diperkatakan selepas Menteri Besar, Datuk Osman Sapian memaklumkan perancangan itu di Kuala Lumpur, Selasa lalu. Pengumuman tersebut mengejutkan banyak pihak selepas kerajaan Persekutuan menghentikannya pada 2006 kerana Malaysia tidak tunduk dengan kehendak Singapura pada masa tersebut jika ingin merealisasikan projek jambatan baharu itu. Republik tersebut memohon tuntutan timbal balik yang melibatkan penjualan pasir dan penggunaan…










